11 August, 2008

Rempit



Melewati jalan pulang yang mencemaskan kerana anda seperti tiba-tiba berada di dalam gelanggang pertunjukan akrobatik. Di sebelah anda tiba-tiba akan muncul beberapa buah motosikal akan bergerak dengan aksi ‘Wheely”(bergerak dengan satu roda belakang kerana roda depan terangkat) dan aksi itu bersilih ganti oleh ‘peserta jalanan’ itu sementera yang baru-baru berjinak akan menunjukkan kebolehan memecut di jalan yang sekali-sekala sesak dengan dengan kenderaan mereka yang pulang dari kerja.

Penonton setia akan berkumpul di tepi jalan terdiri dari mereka yang sebaya juga bermotosikal menyaksikan aksi-aksi 'hebat' rakan-rakan yang lain. Itulah pengalamanku dan jika anda ingin merasainya silalah melalui Jalan Setiawangsa – Pesiaran Jalan Taman Setiawangsa hingga ke Jalan J1/56.

Apa yang tidak dapat saya bayangkan jika ketika itu berlaku sedikit kesilapan teknikal dan motosikal itu hinggap di atas keretaku atau di atas motosikal lain yang sedang lalu lalang di situ. Dan yang lebih malang jika ia terrbabas dan kena kepada pejalan kaki atau rakan-rakan mereka sendiri yang sedang menonton di tepi jalan!

Saya kagum terhadap kesabaran penduduk di situ yang tidak berbuat apa-apa terhadap perlakuan remaja-remaja di situ atau mereka sudah bosan kerana tiada tindakan setelah aduan di buat! Sekarang siapa yang akan fikirkan perkara ini? Saya, kita atau penduduk di situ atau kita biarkan sahaja mereka terus berpesta.

1 comment:

Atie_sl said...

Saya pernah mengalami situasi begitu tetapi agak memalukan saya. Saya pernah melalui jalan TAR pada masa hampir tengah malam menaiki motor Yamaha 125 yang bunyinya kuat jugaklah. Sampai di traffic light, tiba-tiba datanglah segerombolan geng mat rempit, sama-sama kat traffic light tu. Pandang kiri-kanan, saya sorang je pompuan kat situ. Rasa macam masuk geng tu plak. Saya tunduk malu, rasa mcm orang dalam kereta dok pandang saya (perasan kut?). Mesti depa ingat saya pun termasuk grup tu jugak kut. Dush!! Bila traffic light hijau, saya ambik masa sikit untuk gerak sebab nak jauh dari geng rempit tu... :-)