07 August, 2008

Penghayatan Perlaksanaan Hibah- Bahagian 1

Sesuai sangatlah kot hari-hari jumaat kita membaca benda-benda macam ni. Aku nipun bukanlah Tok Alim. Sekadar memetik kertas kerja dari Tuan Haji Husaini Hamdan ketika menghadirinya tak lama dahulu untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Katanya setiap kebajikan yang kita buat seperti buah yang mengeluarkan 7 tangkai dan setiap satu tangkai mengandungi 100 biji. Maknanya ada 700 pahala kebaikan untuk satu kebaikan yang kita lakukan. Tidakkah mudah itu! Yang penting kena ikhlas.

PENGHAYATAN PERLAKSANAAN HIBAH
Disediakan oleh: Tuan Hj. Husaini Hamdan

PENDAHULUAN

Maksudnya: "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sadaqah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikanmereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui". (Surah at-taubah: ayat 103)

Harta kurniaan Allah S.W.T merupakan amanah yang perlu diurus dengan sebaiknya. Justeru itu Islam mendidik umatnya dengan cara mewajibkan zakat dikeluarkan disamping amalan-amalan sunat seperti sadaqah, hibah dan memberi hadiah.

Amalan bersadaqah sangat digalakkan dalam Islam, kerana sadaqah adalah salah satu lambang kesyukuran kepada Allah S.W.T. lanya juga sebagai jambatan menghubungkan manusia terhadap Khaliqnya (Allah) serta hubungan manusia sesama manusia. Selain itu amalan bersadaqah merupakan amalan sunat yang amat disukai oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

Sadaqah atau amalan seperti hibah dengan maksud mencukupkan keperluan orang fakir dan miskin serta orang-orang yang memerlukan adalah salah satu hak yang terpenting daripada hak-hak manusia selain zakat. la merupakan hak bagi setiap individu musiim di dalam masyarakat Islam bagi memperolehi kecukupan yang sempurna dalam memenuhi keperluan hidupnya yang asasi, baik untuk dirinya sendiri mahupun orang-orang yang di bawah tanggungannya.

PENGERTIAN SEDEKAH:
Pemberian atau bantuan yang dihulurkan kepada mana-mana orang dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. Sadaqah yang utama adalah menghulurkan bantuan kepada fakir dan miskin.
Sadaqah merupakan jambatan untuk mendekatkan diri seseorang kepada Tuhannya, dan ia merupakan kebaikan yang amat dituntut untuk membantu kaum kerabat, anak yatim, fakir dan miskin, orang musafir, peminta-peminta dan banyak lagi.

JENIS-JENIS SEDEKAH:
Sadaqah boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sadaqah wajib dan sadaqah sunat. Sadaqah wajib dikenali sebagai zakat dan terbahagi kepada dua pula iaitu zakat harta dan zakat fitrah.

ZAKAT:
Zakat dari segi bahasa bermaksud: "berkat, subur, bersih dan banyak (Ibrahim Mustafa 1960, 1:398).

Dari segi istilah dirujuk sebagai perkara yang dikeluarkan daripada harta benda atau diri (badan) dengan cara yang khusus (al-Ansari Zakaria, 1;102).

Zakat merupakan satu kefarduan ke atas setiap umat Islam, la merupakan tanggungjawab sosial yang perlu dipikul oleh golongan kaya dan yang berpendapatan tinggi dengan tujuan meringankan beban yang dipikul oleh golongan tidak berharta dan berpendapatan rendah dalam menjalani kehidupan seharian.

SEDEKAH WAJIB
Zakat Harta
Zakat Fitrah

SEDEKAH SUNAT

1) HIBAH
Hibah dari segi bahasa diertikan sebagai pemberian atau kurniaan seperti mana firman Allah S.W.T:
Maksudnya: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah mengurniakan kepadaKu semasa Aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha mendengar dan Memperkenan doa permohonan."
Dari segi istilah bermaksud: memberi milik tanpa sebarang gantian. (al-asqalani 1989,5:198)

Daripada abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W bersabda: "Wahai wanita-wanita Islam, janganlah seseorang jiran wanita menghina terhadap jiran wanita walaupun dengan memberi kaki kambing."
(al-bukhari 1377H, 5:197)

Daripada Urwah daripada Aisyah r.a bahawasanya beliau berkata Urwah: Wahai wanita saudaraku! Sesungguhnya kami melihat anak bulan kemudian satu anak bulan (sehingga) tiga anak bulan dalam masa dua bulan dan tidak dinyalakan api dalam rumah-rumah Rasulullah S.A.W. Aku berkata: Wahai ibu saudaraku! Apakah yang menghidupkan kamu? Beliau berkata "Aswadan", iaitu tamar dan air, melainkan Rasulullah S.A.W. ada jiran dalam kalangan yang mempunyai unta atau kambing yang mempunyai susu dan mereka memberi susu mereka kepada Nabi S.A.W. lalu baginda memberi minum kepada kami."
(al-bukhari 1377H, 5: 197)

Melalui hadis tersebut dapat difahami bahawa Rasulullah S.A.W. pernah menerima pemberian daripada sahabatnya. Pemberian seperti inilah yang disebut hibah.

2) HADIAH
Hadiah dari segi bahasa diertikan sebagai perjalanan (sirah) (al-razi, 1972: 193) seperti dikatakan: Maksud: "Begitu indah hadiahnya iaitu perjalanan, dan diertikan juga sebagai pemberian sepertimana firman ALLAH S.W.T:"

Maksudnya: "Dan Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulNya."
(Surah an-Nahl 7: 36)

Dari segi istilah bermakna sesuatu yang diberi kerana kasih sayang dengan maksud memberi penghormatan kepada orang yang menerima hadiah. la juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang diambil tanpa syarat pertolongan. (al-bustani, t.t:934)

Daripada Aisyah r.anha: Bermaksud: "Aku berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai dua orang jiran. Maka kepada mana satu aku hadiahkan? Rasulullah SAW bersabda; kepada yang paling hampir pintunya dengan engkau."
(al-bukhari 1377 H, 5:220)

3) WASIAT
Firman ALLAH S.W.T: Bermaksud: "Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa."
(Surah al-Baqarah 2: 180)

Pada dasarnya ayat tersebut memfardukan ke atas seseorang berwasiat kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabatnya (al-Qurtubi 1967, 2: 263)

4) WAKAF
Wakaf dari segi bahasa diertikan sebagai "Habs" iaitu tahan. (Ibn Manzur 1966, 11:276).

Firman ALLAH S.W.T:
Maksudnya: "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana Sesungguhnya
mereka akan disoal."
(Surah as-Saaffaat 37: 24)

Dari segi istilah ialah pencegahan daripada menjual asal (harta) dengan cara yang khusus dan disadaqahkan faedah dan hasilnya (al-asqalani 1989, 5: 480)

Bersambung di minggu hadapan.

No comments: