Noor Mohamad dan Roslan Michi, dua orang sahabatku lama dan baru, jauh dan dekat. Ucapan tahniah kerana berjaya membina blog untuk diri sendiri dan telahpun aku buat pautan. Melahirkan blog ibarat melahirkan seorang bayi! Sama ada anda akan membiarkannya hidup, mati atau membantutkan tumbesarannya.
Jika anda menghidupkannya bagaimana pula anda mencorakkannya? Semuanya memerlukan perancangan dan semuanya memerlukan kesabaran. Peringkat awal memanglah akan terasa sukar tetapi jika anda telah mendapat acuannya segalanya menjadi mudah.
Blog khususnya melalui blogspot mempunyai kemudahan yang sangat senang dan mesra pengguna. Bayangkanlah dalam masa dua bulan aku yang buta blog sudah hampir mahir dengan setiap fungsi dalam menunya. Asal saja anda mahu mencari jalan kepada setiap masalah yang anda hadapi. Semuanya tersedia dalam help menu. Kalau dahulu aku begitu risau terpaksa menyediakan post untuk setiap malam, tetapi dengan memanfaatkan kemudahannya yang ada anda sebenarnya tidak perlu berbuat demikian. Sediakan sahaja stock stories dan setkan dia.
Jika tidak mahu melalui semua itu rajin-rajin saja menelefonku. Aku akan membantu sekadar yang aku tahu. Jadi sekarang mungkin kita boleh membina jaringan yang dapat saling bantu membantu di antara kita. Selamat berblog kawan!
Nantikan minggu hadapan ruangan Apa Kata Dia akan menyiarkan temu bual dengan Pengarah Urusan ITNM En. Mohd Khair Ngadiron, Nak tahu Encik Khair suka makan apa dan lepak di mana? Ruangan Apa Khabar- Zaleha Abu Bakar, apa dia buat setelah menamatkan khidmat dari ITNM dan Si Ciki-yang hensem siapa dia kali ini - Muhammad Zaid bin Mohamad Kamil!

No comments:
Post a Comment