Yang hangat di perkatakan sekarang ialah kemarahan orang Melayu khususnya pelajar Melayu di Universiti Teknologi MARA atau UiTM. Kitapun nak menumpanglah sekaki bercerita pasal ni sebab kita pun asal dari kampung itu. Terkini Pelajar UiTM cawangan Machang berkumpul tanda protes dengan kenyataan MB Selangor yang meminta UiTM dibuka ruang 10% kepada bukan Melayu untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.
Yang kita nampak untuk meningkatkan kualiti pendidikan bukanlah dengan membuka peluang kepada kaum lain tetapi meningkatkan sistem pendidikan itu sendiri. Membuka peluang itu soal yang lain dan tidak ada kena mengena dengan peningkatan. Meningkatkan sistem ialah menambahbaikan sistem yang ada kepada yang lebih bermutu. Jika memberi saingan dikatakan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan maka sistem yang ada tidaklah perlu diperbaiki dari semasa ke semasa seperti yang berlaku sekarang.
Kita jadi pening apakah tujuan sebenar di sebalik kenyataan itu. Mahu sesuatu yang menjadi perhatian agar masyarakat sedar kewujudannya! UiTM diwujudkan untuk melahirkan prefesional Melayu di situlah di kumpulkan segala anak Melayu menimba ilmu untuk memenuhi keperluan tenaga mahir di Malaysia. Bukan kita menidakkan hak bangsa lain untuk belajar. Kita ada berapa banyak Universiti dan adakah semuanya dipenuhi dengan orang Melayu.
Orang Melayu adalah warga peribumi yang wajar melakukan sesuatu di buminya sendiri bagi memelihara kebajikan bangsanya. Dan sebagai peribumi bumi kita ada hak-hak keistimewaan itu bagi meneruskan kesinambungan untuk bersaing dalam pelbagai bidang. Memanglah tidak banyak ruang yang diminta tetapi soalnya mengapa meminta di tempat orang Melayu dan yang meminta itu pula orang Melayu.
Jadi emosi pula kita tiba-tiba bercakap pasal soal ini bukan apa kita dah sedih tengok kerapuhan perpaduan Melayu di dalam politik tiba-tiba ditambah pula usaha merapuhkan institusi pendidikan yang ramai tergolong di dalamnya orang Melayu. Kita nak pergi dahulu sebelum tu kita nak nyanyi dulu lagu ni yang dah lama kita tak nyanyi..sapa yang tahu boleh ikut sama
WARISAN
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Tissue please...
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman
Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri
Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri
Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)
Tissue please...
No comments:
Post a Comment