Bagaimana anda memulakan harian anda? Maksud saya altenatif yang anda cari sendiri untuk menentukan bagaimana mood anda hari itu bermula. Ya lah kata orang kalau awal-awal pagi lagi menerima panggilan telefon atau dimarahi oleh boss tentulah sepanjang hari anda akan melalui hidup yang tidak gembira. Saya percaya semua orang melaluinya.
Pada kebiasaannya begitulah tapi tidak semestinya, kadang-kadang akan ada peristiwa lain yang menyebabkan kedukaan di pagi hari akan berubah dengan benda-benda baru. Walau bagaimanapun saya ada sebab tersendiri untuk tersenyum dan kadang-kadang gelak sendirian sewaktu memandu ke pejabat.
Apa tidaknya bila mendengarkan siaran radio Sinar FM, DJ nya yang terdiri dari Keiril. Kak Engku dan Saleh Yaacob berceloteh dan saya selalu menantikan saat Mat Saleh(Saleh Yaacob) menyanyikan lagu merapu lagu melayu retro yang diInggeriskan. Waktu siarannya lagu berkenaan ialah di antara 8.10-8.15 pagi. Yang menjadi kelakarnya apabila terjemahan itu adalah terjemahan secara langsung (direct translation). Bayangkan judul lagu Kenangan mengusik Jiwa menjadi A Remember Touching Heart!
Ini adalah fasa kedua lagu-lagu diterjemahkan dalam fasa kedua tidak lama dahulu ada lagu-lagu seperti Ayahku Kahwin Lagi menjadi My Father Married Again, Hari Ini dan Semalam menjadi Today and Yesterday.
Lagu My Father Married Again-my father married again-with a beautiful women..saya lupa liriknya tapi lagu itu memang lenggoknya melayu. Macam tak kena sangat dan jadi kelakar dan itulah yang menyebabkan kita tertawa mendengarnya...elok juga rasanya satu pengumuman dibuat oleh DJ sebelum lagu itu diudarakan dalam bahasa Inggeris agar pelancong atau orang asing tahu bahawa lagu terjemahan itu sekadar hiburan dan bukan terjemahan standard. Bimbang mereka kata itulah gaya terjemahan orang Malaysia!
2 comments:
Saya sebenarnya kurang dengar Sinar FM waktu pagi sebab merapu melampau. Kak Engku tu lagi le...
Kieran ngan Kyrill jugak yang best. Kalau waktu malam tu best le sebab ada lagu-algu nostalgia masa i muda-muda duluuu...
Sebut pasal lagu merapu ni, pagi tadi saya pun bukaklah sinar fm, hari ni topik dia agak kelakar sebab kisah dialog paling kelakar dalam filem komedi. Tup tup ada lagu What to Say (Apo Nak Dikato). Den tak tahan golak, jang... Sib baik tak tergolek-golek den dalam keto tu...
Suatu langkah yang baik menceriakan hidup pagi anda! tahniah
Post a Comment