Suatu petang di kafeteria. Selepas menikmati makan tengah hari dan di kaunter juruwang pun menanyakan apa yang telah aku makan tadi.
Aku: Tadi saya makan nasi, ada ikan, ada sayur dan minum limau suam
Juruwang: Em.. RM4.50
Aku: Oo sorry lupa, saya... ada buah tadi!
Juruwang: Oh Ada buah! Ada buah ya?Takpe takpe simpan buah tu elok-elok.
Semua sekali RM5.50 (senyum)
Aku membayarnya dan berlalu dengan perasaan malu sekali kerana kesilapan mengucap kata. Jadi berhati-hati kalau berkata.Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata tanggunglah sendiri.
No comments:
Post a Comment