08 -08 2008
Tarikh yang sangat cantik jika ditulis 080808. Semalam menuntut aku dan Jetlidan pulang lewat dari pejabat kerana penyediaan sinopis dan buku untuk penerbitan 100 judul sastera. Semalam juga adalah hari jadi adindaku Salleha.Tahniah dan sekali lagi selamat hari jadi semoga Allah memanjangkan usiamu melimpahkanmu rezeki sebanyak yang mungkin dan memberkati hidup sekeluarga.
Pulang dari pejabat aku singgah di Hari Kolej terbuka UTM di Jalan Rejang. Amsyar pekerja sambilan dahulu menjemputku. Beriya-iya dia berpesan agar aku datang. Sementara kelapangan aku pun mengatur arah ke situ.
Hampir dua jam di situ aku menerima panggilan telefon dari teman namun perbualan tidak dapat diteruskan kerana aku sedang mengikuti forum "Andai Kutahu" forum saudara baru yang memeluk Islam memberi ceramah. Menarik sekali tapi aku cuma dapat mengikuti pada bahagian akhir sahaja.
Dan seperti yang terdetik di hatiku panggilan itu sebenarnya dari teman yang ingin bercerita mengenai kelahiran satu lagi blog baru di kalangan teman. Siapa dia. Tunggulah. Beliau belum bersedia untuk berkongsi dengan semua. Buat sementara waktu ini aku terpandang sesuatu di dalam CBOX ku. Sudah ada banyak pesanan dari kenalan di situ. Anda boleh melayari blog dari ex student practical USM -Yihada. Jika kelapangan layarilah.
Dari mata hati dan perasaan - lahirlah tafsiran dan pernyataan. Jadilah cerita untuk pengisian masa dan jiwa yang dahaga.
09 August, 2008
080808
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment