14 August, 2008

Lagi Pautan Baru

Dahulu saya ada menyiarkan dalam ruangan kongsi emel mengenai pelajar-pelajar USM di ITNM. Dan rasa ralat sekali ketika majlis perpisahan itu saya bercuti kerana pulang ke kampung menziarahi keluarga di sana terutama bondaku. Kerana itu pelajar-pelajar tersebut melayangkan emel ke peti emelku yang mereka perolehi dalam laman blogku. Semalam ketika membuat carian dalam internet terjumpa pula blog salah seorang dari mereka (Azreen) dan dia ada menceritakan segalanya di post ini.

http://sterr1143.blogspot.com/2008/07/im-back.html

Hari ini juga aku ingin mengumumkan satu lagi kelahiran blog baru kawan seperti yang aku nyatakan dalam post 080808 yang lepas. Blog rakan sepejabatku Suhaimi Abdul Rahman. Selamat melayarinya

http://www.mie3425.blogspot.com/

Dan nantikan juga pautan teman kita yang lain insya Allah minggu hadapan.

Nisfu Syaaban 17 Ogos 2008

Bersempena dengan kedatangan Nisfu Syaaban pada 17 Ogos ini marilah sama-sama kita hayati fadilat-fadilat beramal sempena hari tersebut. Layarilah blog rakanku jefbuj.blogspot.com pada laman ini.

1 comment:

mie3425 said...

Terima kasih di atas promo pautan tersebut, dan terima kasih lagi tentang ingatan Nisfu Syaaban.